Skip to main content

Perkhidmatan seks di Malaysia



Bukit Bintang sinonim sebagai kawasan beli-belah yang didominasi masyarakat Cina. Plaza Lot 10 dan Low Yatt menjadi tumpuan anak muda Cina membeli-belah. Barangan pula ada kelas. Tetapi itu semua 30 tahun dahulu ya bosku bosmu semua.


Sekarang Bukit Bintang adalah salah satu daripada destinasi pelancongan seks di dunia. Mana tidaknya, sebut sahaja perempuan bangsa apa yang kamu idamkan, minah salleh, siam, indonesia, jepun, bangla, zimbabwe, pakistan, uzbekistan, kongostan dekat-dekat dengan negeri syaitan pun ada.

Oleh sedemikian jangan terkejut jika kajian menyatakan Malaysia adalah kesebelas paling banyak menawarkan perkhidmatan seks didunia. Lebih memalukan sebagai agama rasmi Islam, Malaysia berjaya memintas Thailand di tempat yang ke dua belas. Malaysia Boleh!

Ikuti temubual ekslusif wartawan MyNetizen dengan salah seorang pekerja perkhidmatan seks tempatan (Nur) di Bukit Bintang.

Wartawan : Umur berapa?

Nur : 23 bang.

Wartawan : Asal mana?

Nur : asal KL bang. Abang nak ke?

Wartawan : Saya nak tanya-tanya dulu.

Nur : Tak payah tanya-tanya bang, barang elok lagi, layanan istimewa, dijamin puas hati bang. hehe

Wartawan : Dah lama ke buat kerja ni?

Nur : Abang kalau nak tanya banyak-banyak, bayar dulu lepastu kita sembang dalam bilik. ok?

Wartawan : Hmmm baik.

Setelah temubual itu, kami terputus hubungan dengan wartawan kami di lokasi... hmmmmmm

Comments